Memang Dah lama teringin nak makan kuih pau ni, teringat masa kat kampung dlu slalu makan bersama dayah... nasibaik da stok lebih seri kaya dalam peti asi tu...
Alhamdulillah menjadi juga akhirnya... mmg senang.. sedap n gebu
Jom cuba resepi ni.
Bahan-bahan ( 8 biji )
- 300g tepung gandum
- 6g baking powder
- 2g garam
- 162g air suam
- 6g dry yeast
- 30g gula halus
- 18g lemak sayur
Cara-cara
- Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
- Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
- Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
- Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
- Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
SELAMAT MENCUBA!