Alhamdulillah, mmg mudah resepi ni. Al-maklumlah duduk merantau ni tak semua yang kita nak ada, jadi bahan2 yang ada jual kat sni jugak terbatas. Nasibaik resepi hanya memerlukan sedikit bahan n senang didapati..
Memang best, anak2 pun suka makan....
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500 ml santan pekat
6 biji kuning telur
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan
Cara-cara
- Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
- Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga
gula larut.
- Biarkan sejuk betul2.
- Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung
kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila
sejuk kaya ni akan pekat.
SELAMAT MENCUBA!